CLOCK

~CyBeRmEcH. CrEw~

My Photo
CyberMech.
ARIF NEW HAFIZ HASIF
View my complete profile

New Boon Kit (A130474)

New Boon Kit (A130474)
Nama saya New Boon Kit. Gambar ini sudah lama,gambar zaman dulukala punya. Kalau hendak lebih lanjut tentang saya yang hensem ini, pandai-pandai rujuk facebook,ok..

Muhamad Arif Fadli (A129876)

Muhamad Arif Fadli (A129876)
Muhamad Arif Fadli nama diberi, gelaran di kampus Tok Batin dipaku, hendak tahu lebih lanjut diriku ini, tapi apakan daya diriku ini malu...

Mohd Hafiezuddien (A127623)

Mohd Hafiezuddien (A127623)
Namo hambo Mohd Hafiezuddien..ore panggil hambo Apih..hambo ado lebih 200 membe dalam YM. cukut ar banyok ni hambo royak..nok tau banyok agi, add ar hambo dalam YM..keyword petr_90@yahoo.com

Muhammad Hasif (A127938)

Muhammad Hasif (A127938)
Nama Saya Muhammad Hasif. Asal Terengganu. Memang Tidak dinafikan saya memang hensem dan pandai menyanyi. Bagi sesiapa yang nak mengenali saya, saya alu-alukan dengan tangan terbuka terutamanya perempuan..huhuXD

Followers

Monday, June 21, 2010

postheadericon 6.2 PUNCA-PUNCA KECANDUAN REMAJA TERHADAP PERMAINAN VIDEO

1) SIKAP IBU BAPA
Bagi ibubapa yang berada berjauhan dengan anak-anak meraka seharusnya mengambil intensif dengan menghubungi anak-anak mereka yang berada di universiti ataupun kolej. Sibuk berkerja tidak bermakna tiada masa langsung untuk menghubungi anak-anak mereka kerana berada dalam jarak yang jauh pada jangka masa yang panjang boleh melemahkan hubungan silahturahim.

Masalah akan bertambah rumit apabila kurangnya pengawasan ibubapa terhadap anak-anak remaja ini. Remaja yang yang tidak diawasi akan merasa bebas untuk melakukan perkara yang merka suka dan akan mengisi masa lapang mereka dengan aktiwiti yang tidak berfaedah. Permainan video akan menjadi pilihan meraka kerana daya penarik yang ada pada permainan video sangat kuat dan permainan video ini juga mudah didapati.

2) KURANG DIDIKAN AGAMA
Kekurangan didikan agama menjadi salah satu punca ketagihan permainan video. Agama adalah tiang kepada kita untuk bergantung tanpa agama mungkin kita akan jatuh tersungkur. Remaja pada zaman sekarang kurang mengambil tahu soal agama dan kerana itulah banyak masalah sosial yang melibatkan para remaja wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Diperingkat universiti remaja tidak lagi akan disuruh untuk pergi sembahyang, tidak lagi dipaksa untuk pergi ke masjid, tidak lagi diminta untuk melakukan amal jariah. Semua perkara yang asas seperti itu hendaklah dilakukan dengan kehendak diri sendiri dan tidak dipaksa. Perkara asas seperti solat inilah harus dibentuk dari peringkat awal supaya apabila masuk ke alam yamg lebih dewasa akan dapat membantu dalam menjalankan kehidupan seharian.
Apabila didikan agama diambil mudah, remaja akan taksud bermain permainan video sehingga lupa tanggungjawab mereka sebagai seorang yang beragama. Contoh yang mudah adalah agama islam, islam menuntut penganutnya untuk menunaikan solat sebanyak 5 kali sehari, tetapi disebabkan oleh lemahnya iman seorang manusia ini akan menyebabkan mereka lupa tentang tugas mereka yang lagi penting iaitu sembahyang.
Kurang didikan agama juga menyebabkan remaja kurang mengetahui bahawa agama bukan sahaja menunaikan sembahyang tetapi sebagai satu cara hidup satu peraturan. Tanpa peraturan manusia akan mudah melakukan kesilapan. Agama tidak meminta kita untuk membuang masa begitu sahaja tetapi mengisi masa yang terluang dengan melakukan kebaikan atau membuat pengisian rohani. Bermain permainan video bukan sahaja memberi kesan buruk kepada jasmani tetapi rohani juga.
Apabila masa terluang diisi dengan permainan video yang menyebabkan ketagihan ditambah pula dengan didikan agama kurang pasti akan memberi kesan yang sangat negatif dalam pembesaran remaja.


3) PENGARUH RAKAN SEBAYA
Punca seterusnya adalah salah satu punca yang utama menyebabkan masalah ketagihan masalah sosial, puncanya ialah pengaruh dari rakan sebaya. Kebanyakan masalah sosial yang berlaku pada masa sekarang seperti masalah dadah, pergaulan bebas dan bermacam-macam lagi adalah berpunca dari rakan sebaya. Ketagihan permainan video adalah salah satu masalah yang wujub disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan para remaja kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi sesama mereka. Remaja juga mudah terikut-ikut dengan dengan apa yang dilakukan oleh rakan mereka samaada perkara itu baik atau buruk. Bagi mereka yang kuat pendirian mungkin tidak mudah untuk terikut-ikut tapi bagaimana pula dengan remaja yang sebaliknya yang tidak kuat pendirianya.
Apabila remaja merasa bosan mereka akan mencari kawan-kawan terlebih dahulu untuk berbual atau melakukan sesuatu aktiwiti. Jika kawan yang dicari itu sedang bermain permainan video mungkin terlintas dihati remaja tersebut untuk mencuba. Dengan niat untuk mencuba akhirnya menjadi satu keseronokkan yang dapat menghabiskan masa yang terluang. Disebabkan oleh terlampau seronok bermain permainan video ini ia menjadi sebati dengan jiwa para remaja tersebut dan akhirnya menjadi satu ketagihan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

'Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan.'(Hadis riwayat Abu Daud dan at Tirmizi)

Rakan sebaya memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan para remaja, jadi berhati-hatilah dalam memilih kawan anda.

4) SUASANA SEKELILING
Suasana sekeliling juga adalah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya masalah ketagihan permainan video ini. Pusat membeli belah contohnya mempunyai arkid permainan video dan ramai orang sedang bermain permainan video disitu, ini secara tidak langsung akan mempengaruhi anda untuk bermain permainan video juga. Arkid permainan video menyediakan permainan video yang sangat menarik dan bayaran yang dikenakan untuk bermain permianan video ini sangat murah, jadi tidak hairanlah jika sekali cuba pasti anda akan merasa mahukannya sekali lagi.
Disebabkan perasaan ingin mencuba inilah menyebabkan tompok-tompok ketagihan akan kelihatan seterusnya merebak memakan diri sendiri. Penjualan DVD permainan video secara terbuka juga mungkin akan dapat menarik perhatian para remaja. Jika disekeliling kita dipenuhi dengan DVD permainan video mungkin remaja tersebut akan membeli untuk mencuba game baru. Apabila sudah selesai bermain permainan video yang dibeli tersebut pasti remaja tersebut inginkan sesuatu yanng baru lagi jadi dia akan mendapatkan DVD permainan video yang lain.
Perkara ini akan berterusan sehingga ia menjadi satu ketagihan kepada remaja tersebut. Suasana sekeliling yang penuh dengan hiburan akan memberi kesan yang sangat negatif kepada remaja. susana yang penuh dengan hibuaran mungkin membuatkan para remaja memcari hiburan mereka sendiri dan menjumpai permainan video sebagai salah satu cara untuk berhibur.
Kurang membuat aktiviti luat menyebabkan remaja lebih suka menghabiskan masa dengan bermain permaian video. Kurang penganjuran dari pihak yang berwajib ini salaah satu mengapa remaja malas untuk melakukan aktiviti luar.

5) MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK
Pelbagai jenis konsul dicipta untuk bermain permainan video ini antaranya komputer, Xbox, PlayStation dan banyak lagi. Perkembangan media massa dan eletronik juga menyumbang kepada masalah ketagihan permainan video ini. media massa yang sering memaparkan tentang permainan video yang baru yang penuh dengan aksi dan kualiti grafik yang tinggi pasti akan menarik para remaja untuk mencubanya.
Bukan sajaha di television malah internet juga menjadi salah satu medium untuk mengenalkan permainan-permainan video ini. permainan yang semakin cangih pasti memerlukan konsul yang cangih juga, jadi perkembangan teknologi eletronik memainkan peranan yang pentig dalam perkembangan permainan video ini.
Remaja yang meminati permainan video pasti akan mengikuti perkembangan media massa dan eletronik ini yang akan membuatkan mereka menjadi lagi taksud dan ketagih dengan permaianan video ini. media massa pada masa kini lebih mementingkan hiburan dan disebabkan itulah fikiran remaja pada masa kini banyak tertumpu kepada hiburan daripada pelajaran.
Pengeluaran konsul yang permainan yang tidak memberi sebarang faedah ini, pasti akan membuat para remaja membelanjakan duit yang diberi kepada mereka yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran untuk membeli konsul ini. perbuatan ini pasti akan memberi kesan buruk kepada remaja tersebut pada masa yang akan datang.
Walaupun media massa dan eletronik jika dilihat dari sudut yang berlainan dari permainan video memberi banyak manfaat tetapi pihak yang berwajib sehrusnya mengambil tindakan dalam hal ini supaya masalak ketagihan ini tidak melarat.

4 comments:

...sarah n... said...

perenggan 1 : penggunaan perkataan intensif lebih sesuai menggunakan inisiatif. letakkan tanda baca pada ayat yg panjang seperti "...jangka masa yang panjang, boleh melemahkan..."

perenggan 2 : ayat terlalu panjang, sila letakkan tanda baca di tempat-tempat bersesuaian. semak ejaan mereka dan aktiviti.


perenggan 3 (faktor no.2): ayat "Agama adalah tiang kepada kita untuk bergantung. (ayat panjang, pendekkan dengan meletakkan tanda baca) Tanpa agama, ... ayat "Di peringkat universiti,..." (jarakkan Di peringkat) dan letakkan tanda koma selepas di peringkat universiti. ayat : tidak lagi akan disuruh...(buangkan perkataan akan). "semua perkara yang asas..."(tak perlu perkataan yang). ayat "haruslah dibentuk dari peringkat awal, (letakkan koma sebagai tanda baca kerana ayat terlalu panjang). ayat "alam yamg lebih dewasa, (letak koma)(+ perkataan "ini")akan dapat membantu dalam menjalankan kehidupan seharian." semak ejaan taksub. perkataan Islam, Islam dieja dengan huruf I huruf besar. ayat "...lemahnya iman seorang(seseorang) manusia, (letak tanda koma) ini akan menyebabkan..."

ayat "Kurang(nya) didikan agama..." ayat "satu cara hidup (letak tanda koma atau penghubung dan) satu peraturan." "Tanpa peraturan, (tanda koma)". ayat "...tetapi rohani juga (ayat terbalik, sepatutnya tetapi juga rohani.)" ayat "...menyebabkan ketagihan, (tanda koma) ditambah pula dengan didikan agama kurang, (letak tanda koma) pasti akan..."

...sarah n... said...

faktor 3 : ayat "...punca yang utama menyebabkan..." sepatutnya "punca utama yang menyebabkan...". semak ejaan wujud. ejaan sama ada dijarakkan. ayat "Bagi mereka yang kuat pendirian mungkin tidak mudah untuk terikut-ikut tapi bagaimana pula dengan remaja yang sebaliknya yang tidak kuat pendirianya." perlu diolah semula. ayat mengelirukan dan tunggang langgang. ayat terlalu panjang, sila letakkan tanda baca di tempat sesuai. "dihati" sepatutnya dijarakkan. "Dengan niat untuk mencuba, (tanda koma)..." ayat "Disebabkan oleh terlampau seronok bermain permainan video ini, (tanda koma) ia menjadi sebati..."

...sarah n... said...

faktor 4 : ayat " Pusat membeli belah contohnya, (tanda koma) mempunyai..." . ayat "ramai orang sedang bermain permainan video di situ (jarakkan), ini secara tidak langsung akan mempengaruhi anda untuk bermain permainan video juga". struktur ayat ini kelihatan janggal, lebih baik olah ayat ini seperti, "permainan yang menjadi tumpuan ramai ini menyebabkan remaja terpengaruh untuk turut mencubanya." semak ejaan permainan dalam perenggan. ayat "Arkid permainan video menyediakan permainan video yang sangat menarik dan bayaran yang dikenakan untuk bermain permainan video ini sangat murah (tukar jadi adalah berpatutan), jadi tidak hairanlah jika sekali cuba pasti anda akan merasa mahukannya sekali lagi" (ayat tidak sesuai diguna pakai. sila olah ayat ini.) jarakkan perkataan di dari sekeliling. penggunaan bahasa rojak, perkataan game perlu ditukar. sila semak kembali perenggan ini, terlalu banyak kesalahan remeh yang tak sepatutnya berlaku kepada penulisan seorang pelajar universiti. contohnya, "kesan yang sangat negatif" sepatutnya cuma kesan negatif, kurang penganjuran sepatutnya adalah kurang penglibatan. saya sarankan kamu cuba semak sesama sendiri bahagian masing-masing sebelum menghantar tugasan ini.

Abied Adam said...

salah satu artikel mengenai kesan keburukan bermain video games

http://sevenofus-fikaisa.blogspot.com/2010/04/kesan-negatif-permainan-video.html?showComment=1418284129553#c8259031528490980591

LYRIC

Hold on brother hold on
The road is long. We’re on stony ground
But I’m strong. You ain’t heavy

Oh there’s a misspoken truth that lies
Colors don’t bind, oh no.
What do they know? They speak falsely.

Chorus:
Here in my home
I’ll tell you what its all about
There’s just one hope here in my heart
One Love undivided
That’s what it’s all about
Please won’t you fall in one by one by one [with me]?

Push back sister won’t you push back?
Love won’t wait. Just keep pushing on.
Yes I’m strong. You ain’t heavy.

Oh don’t you worry about that…
What we have the shadows can’t deny
Don’t you know it’s now or never?

Rap:
[Malay: TRANSLATED]
Years of fears and years of tribulation
The heart keeps searching for that endless devotion

[Chinese: TRANSLATED]
Hand in hand we’ll march like blood brothers
I speak for my people hope we’ll find peace forever

[Tamil: TRANSLATED]
May the road ahead quench my thirst for success
May the road behind echo a song of the blessed

[English]
So I will let it be known yes I feel it in my bones
No matter where I roam this is home sweet home
Sing!